Di sini kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan
Roziah dan Ustaz Yusof kerana telah memberikan kerjasama yang sewajarnya untuk
menerangkan kepada kami mengenai kelulut. Ustaz Yusof merupakan salah seorang
pengusaha kelulut yang berjaya di Machang , Kelantan . Bak kata Ustaz Yusof “kenal
kelulut , sayang kelulut” adalah konsep yang bagus untuk pengusaha kelulut .
Hal demikian kerana , jika kita memahami keadaan kelulut maka kita dengan
secara automatik akan menyayangi kelulut . Sekian daripada kami ,terima kasih.
Wednesday, 17 January 2018
SESI TEMU BUAL BERSAMA PENTERNAK KELULUT
Sebelum itu, kami ingin memohon maaf kerana gagal memuat naik video temu bual bersama ustaz Yusof ke dalam blog ini. Disebabkan kami gagal dalam memuat naik video tersebut ke dalam blog, kami sertakan link untuk anda semua. Anda boleh menonton video tersebut dengan klik pada link ini https://youtu.be/wPfjHq8nsUw
Produk Yang Dihasilkan Menggunakan Madu Kelulut
Ancaman Kelulut & Kaedah Kawalan
BLACK SOLDIER FLY (BSF)
Tanda
paling mudah untuk mengesan serangan adalah apabila terowong masuk lebah
kelulut menjadi kering secara tiba-tiba
dan propolis yang memenuhi kotak topping menjadi seakan-akan reput serta
berkulat hingga merebak masuk ke dalam koloni.
Sekiranya
koloni lebah kelulut yang diternak telah diserang, penternak perlu mengambil
tindakan segera bagi menyelamatkan koloni tersebut dengan menanggalkan kotak
topping dari kayu .
Pastikan binaan topping dibuat menggunakan kayu yang berkualiti dan
bertanggam. Ini untuk mengelakkan kayu binaan topping merekah dan akan
menghasilkan ruang bagi membolehkan perosak masuk ke dalam topping. Pastikan
tumpahan madu dan sisa-sisa bee bread dibersihkan untuk mengelakkan madu yag
masam menarik perhatian perosak.
SEMUT DAN KERENGGA
Semut
dan kerengga merupakan antara musuh yang sering menganggu koloni kelulut.
Serangga ini akan menyerang kelulut dewasa dengan memasuki,menangkapnya dan
menjadikan ia sebagai makanan semut dan kerengga. Jika ada madu semut dan
kerengga juga akan memasuki sarang dan mencuri madu tersebut termasuk ia akan
mengambil lilin dan propolis. Kehadiran semut dan kerengga perlu dikawal dengan memusnahkan serangga tersebut
disarangnya.
ANAI-ANAI (TERMITES)
Nutrisi Madu Kelulut
Madu lebah kelulut mempunyai rasa yang berbagai-bagai bergantung pada kawasan ternakan kerana lebah kelulut mengambil madu daripada bunga-bungaan sekitar kawasan ternakan. Rasanya masam sedikit berbanding madu lebah. Rasa madu bergantung kepada musim pendebungaan persekitaran dan jenis tumbuhan. Warna madu juga berbeza mengikut musim pendebungaan dan kematangan madu .
Madu kelulut mempunyai pelbagai nutrisi yang amat berguna untuk kita samada dari segi kecantikan atau kesihatan . Antaranya ialah :
- Meningkatkan daya tahan tubuh
- Mencegah serangan strok
- Melancarkan peredaran darah
- Memperkuat fungsi otak dan jantung
- Memperbaiki sel tubuh yang rosak
- Mengendurkan urat-urat yang tegang
- Menghilangkan rasa letih, meningkatkan metabolisme badan
- Membantu masa penyembuhan selepas pembedahan
- Membantu penyembuhan luka diabetes
- Merawat batuk, selsema dan sakit kerongkong
- Membantu menurunkan tahap tekanan darah
- Melancarkan pernafasan
- Mengurangkan lelah dan asma
Tuesday, 16 January 2018
Cara Penjagaan Kelulut
Setelah membuat kajian di tempat lapangan bertempat di Machang , Kelantan. Kami telah mendapat informasi yang lebih tepat mengenai cara penjagaan kelulut melalui sesi temu bual bersama Ustaz Yusof. Uztaz Yusof ini mula menceburi bidang perternakan kelulut sejak tahun 2014.
(koloni kelulut)
Langkah 1 adalah mendapatkan kayu / blok yang mempunyai koloni kelulut atau yang telah menjadi sarang kelulut yang biasanya terdapat di kawasan perhutanan atau kawasan dusun. Anda juga boleh mendapatkan kayu atau blok daripada pembekal-pembekal yang sedia ada dengan harga pasaran yang sekitar RM 300 hingga RM 500. Biasanya spesis yang diternak di Malaysia adalah spesis Trigona Itama dan Thorocica .
( corong / pintu masuk )
Langkah 2 adalah setelah mendapatkan bongkah kayu yang mempunyai koloni kelulut, anda perlu memotong bongkah kayu tersebut untuk dibuat topping dan memasang kotak di atasnya. Kotak tersebut bertujuan untuk memberi ruang kepada lebah kelulut membina kantung madu. Ia juga bertujuan untuk memudahkan kita menuai madu kelak. Ada juga pengusaha yang membuat kaedah pemindahan koloni dengan memasukkan keseluruhan sarang kelulut ke dalam kotak khas untuk penuaian madu. Pemotongan yang tepat boleh membantu penternak mendapat hasil yang lebih cepat. Bagi penternak yang baharu, adalah disyorkan kaedah topping kerana ianya lebih mudah dan cepat mendatangkan hasil.
Langkah 3 plastik transparent diletakkan di bahagian atas kotak tersebut. Ini bagi memudahkan penternak meninjau perkembangan koloni kelulut samada berkembang atau tidak. Setelah selesai memasang kotak topping pada bongkah kayu tersebut, proses penternakan kelulut kini sudah bermula. Kita perlu memeriksa secara berkala bagi memastikan koloni kelulut tiada gangguan musuh seperti anai-anai, lipas, cicak, semut dan lain-lain. Hal demikian kerana , gangguan musuh ini akan menyebabkan kelulut berpindah ke tempat yang lain. Selain itu, perkembangan koloni kelulut dapat diperiksa melalui plastik lutsinar tersebut samada sudah membina kantung madu atau belum.
Langkah 4 adalah koloni kelulut mestilah berada di tempat yang terlindung daripada panas yang terik dan kawasan hujan . Madu kelulut boleh diambil bila-bila masa sahaja, samada semiggu sekali, atau seminggu dua kali. Tetapi, penternak menggalakkan untuk mengambil madu setelah ia matang, biasanya masa yang diambil untuk madu matang ialah 3 bulan. Anda perlulah memakai pakaian yang sesuai masa proses pengambilan madu, agar dapat mengelakkan anda daripada disengat oleh kelulut.
Pengenalan Kelulut
(Meliponula ferruginea)
Lebah kelulut atau kelulut sahaja (juga digelar meliponini) ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut terdapat di seluruh dunia, antaranya Geniotrigona thoracica, Heterotrigona itama, Lepidotrigona terminata, Tetragonula laeviceps dan Tetrigona apicalis. Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, seperti Australia, Afrika, Asia tenggara, dan kawasan tropika Amerika.
Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah. Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis. Madu kelulut tidak putih seperti yang didakwa. Rasanya masam sedikit berbanding madu lebah. Lebah ini penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain .
Subscribe to:
Posts (Atom)