BLACK SOLDIER FLY (BSF)
Tanda
paling mudah untuk mengesan serangan adalah apabila terowong masuk lebah
kelulut menjadi kering secara tiba-tiba
dan propolis yang memenuhi kotak topping menjadi seakan-akan reput serta
berkulat hingga merebak masuk ke dalam koloni.
Sekiranya
koloni lebah kelulut yang diternak telah diserang, penternak perlu mengambil
tindakan segera bagi menyelamatkan koloni tersebut dengan menanggalkan kotak
topping dari kayu .
Pastikan binaan topping dibuat menggunakan kayu yang berkualiti dan
bertanggam. Ini untuk mengelakkan kayu binaan topping merekah dan akan
menghasilkan ruang bagi membolehkan perosak masuk ke dalam topping. Pastikan
tumpahan madu dan sisa-sisa bee bread dibersihkan untuk mengelakkan madu yag
masam menarik perhatian perosak.
SEMUT DAN KERENGGA
Semut
dan kerengga merupakan antara musuh yang sering menganggu koloni kelulut.
Serangga ini akan menyerang kelulut dewasa dengan memasuki,menangkapnya dan
menjadikan ia sebagai makanan semut dan kerengga. Jika ada madu semut dan
kerengga juga akan memasuki sarang dan mencuri madu tersebut termasuk ia akan
mengambil lilin dan propolis. Kehadiran semut dan kerengga perlu dikawal dengan memusnahkan serangga tersebut
disarangnya.
ANAI-ANAI (TERMITES)