Setelah membuat kajian di tempat lapangan bertempat di Machang , Kelantan. Kami telah mendapat informasi yang lebih tepat mengenai cara penjagaan kelulut melalui sesi temu bual bersama Ustaz Yusof. Uztaz Yusof ini mula menceburi bidang perternakan kelulut sejak tahun 2014.
(koloni kelulut)

( corong / pintu masuk )

Langkah 2 adalah setelah mendapatkan bongkah kayu yang mempunyai koloni kelulut, anda perlu memotong bongkah kayu tersebut untuk dibuat topping dan memasang kotak di atasnya. Kotak tersebut bertujuan untuk memberi ruang kepada lebah kelulut membina kantung madu. Ia juga bertujuan untuk memudahkan kita menuai madu kelak. Ada juga pengusaha yang membuat kaedah pemindahan koloni dengan memasukkan keseluruhan sarang kelulut ke dalam kotak khas untuk penuaian madu. Pemotongan yang tepat boleh membantu penternak mendapat hasil yang lebih cepat. Bagi penternak yang baharu, adalah disyorkan kaedah topping kerana ianya lebih mudah dan cepat mendatangkan hasil.

Langkah 4 adalah koloni kelulut mestilah berada di tempat yang terlindung daripada panas yang terik dan kawasan hujan . Madu kelulut boleh diambil bila-bila masa sahaja, samada semiggu sekali, atau seminggu dua kali. Tetapi, penternak menggalakkan untuk mengambil madu setelah ia matang, biasanya masa yang diambil untuk madu matang ialah 3 bulan. Anda perlulah memakai pakaian yang sesuai masa proses pengambilan madu, agar dapat mengelakkan anda daripada disengat oleh kelulut.